In order to ensure the highest quality of our services, we use small files called cookies. When using our website, the cookie files are downloaded onto your device. You can change the settings of your browser at any time. In addition, your use of our website is tantamount to your consent to the processing of your personal data provided by electronic means.
Back

Maklumat am

SISTEM PERMOHONAN VISA BAHARU

Kedutaan Poland di Kuala Lumpur ingin memaklumkan bahawa bermula 15 September 2011, permohonan untuk visa Schengen dan visa negara hanya akan diterima selepas pendaftaran elektronik dibuat terlebih dahulu melalui sistem dalam talian "e-Consulate” di www.e-konsulat.gov.pl, dan di sini juga anda boleh mendapatkan maklumat terperinci tentang prosedur permohonan visa dan borang permohonan dalam talian.

E-CONSULATE

https://secure.e-konsulat.gov.pl/Default.aspx

 VISA

MAKLUMAT AM

Rakyat Malaysia dan Brunei Darussalam boleh membuat perjalanan ke Poland dan negara dalam Kawasan Schengen tanpa visa bagi tempoh sehingga 90 hari. Mereka hanya perlu membuat permohonan di Kedutaan untuk mendapatkan visa jangka panjang (melebihi 90 hari), yang membolehkan mereka melanjutkan pelajaran atau bekerja di Poland. 

Pada 21 Disember 2007, bersama dengan 8 Negara Ahli EU yang baharu, Poland menyertai kawasan Schengen – wilayah tanpa pemeriksaan sempadan dalaman yang dibentuk oleh 25 buah negara. Negara ini menggunakan peraturan yang seragam berhubung dengan kemasukan dan tinggal dalam tempoh yang pendek di wilayah mereka. Ini bermakna dari 21 Disember 2007, Konsulat dan Kedutaan Poland boleh mengeluarkan visa Schengen yang membenarkan perjalanan ke Negara Kawasan Schengen tanpa visa lain.

Peta Kawasan Schengen terkini:

25 Negara Schengen:

 Austria, Belgium, Republik Czech, Denmark, Estonia, Finland, Perancis, Jerman, Greece, Hungary, Iceland, Itali, Latvia, Lithuania, Luxembourg, Malta, Netherlands, Norway, Poland, Portugis, Slovakia, Slovenia, Sepanyol, Sweden, Switzerland.

Jika anda mempunyai visa Schengen yang sah, anda tidak perlu memohon Visa Schengen Poland – anda boleh menggunakannya untuk membuat perjalanan ke Poland. 

Anda boleh memohon visa Schengen di Konsulat di negara destinasi (iaitu, negara Kawasan Schengen yang anda akan tinggal untuk masa yang paling lama dalam perjalanan anda). Jika anda merancang untuk membuat perjalanan ke beberapa negara, salah satunya Poland, anda hendaklah memastikan sama ada Poland adalah salah satu negara destinasi anda sebelum datang ke Kedutaan kami. 

Visa Schengen jenis C

Jika anda bercadang untuk tinggal di wilayah Poland dan/atau mana-mana negara Schengen yang lain (dalam satu lawatan atau lebih) sehingga mencapai 90 hari dalam tempoh setengah tahun yang dikira dari tarikh kemasukan pertama, atau jika anda merancang untuk transit di wilayah Schengen (melalui kereta api, kereta atau kapal terbang), anda perlu memohon visa Schengen jenis C. Visa Schengen disatukan (visa jenis C sah di Negara Schengen) melayakkan pemegangnya tinggal di wilayah dalam semua negara Schengen.

Visa Schengen dengan kesahan wilayah terhad (visa jenis C hanya sah di Poland atau dengan kesahan dikecualikan bagi negara Schengen yang ditetapkan) melayakkan pemegangnya tinggal hanya di wilayah bagi negara yang visa itu sah.

Visa Negara jenis D 

Jika anda bercadang untuk tinggal di wilayah Poland lebih daripada 90 hari (sekurang-kurangnya 91 hari) dalam satu lawatan atau lebih dalam tempoh setengah tahun yang dikira dari tarikh kemasukan pertama, anda perlu memohon visa negara jenis D. 

Visa negara jenis D melayakkan pemegangnya:

- tinggal di wilayah Poland sepanjang tempoh kesahan visa;

- selain itu, berpindah dalam wilayah negara Schengen yang lain sehingga mencapai tiga bulan dalam tempoh setengah tahun.

Visa transit lapangan terbang

Jika anda bercadang membuat perjalanan melalui udara dari negara ketiga ke negara ketiga yang lain dan bermalam di lapangan terbang di kawasan Schengen (dalam wilayah Republik Poland) dan juga:

(1) anda tidak bercadang untuk meninggalkan kawasan transit antarabangsa di lapangan terbang dan

(2) anda memiliki kerakyatan Afghanistan, Bangladesh, Republik Demokratik Congo, Eritrea, Ethiopia, Ghana, Iran, Iraq, Nigeria, Pakistan, Sudan atau Sri Lanka

- anda perlu memohon visa transit lapangan terbang jenis A. 

Apabila merancang untuk transit melalui lapangan terbang yang terletak di negara Schengen selain Poland, kami menasihatkan anda menghubungi terus konsulat negara berkenaan untuk maklumat visa.

Visa transit lapangan terbang jenis A melayakkan pemegangnya tinggal hanya di kawasan transit antarabangsa di lapangan terbang (ia tidak melayakkan pemegangnya memasuki wilayah Schengen atau meninggalkan kawasan transit di lapangan terbang).

Berapa lamakah saya boleh tinggal di wilayah Poland/Schengen dengan visa jenis C atau D? 

Tempoh tinggal bagi rakyat negara asing di Poland (pemegang visa negara jenis D) atau dalam wilayah Schengen (pemegang visa jenis C disatukan) dinyatakan dalam visa (“tempoh tinggal” dinyatakan dalam angka); anda boleh tinggal hanya dalam tempoh kesahan visa sahaja (“visa sah dari ....hingga....”).

BEKERJA DI POLAND

Risalah maklumat - "Bekerja di Poland"

Bekerja di wilayah Republik Poland

NOTIS PENTING

bakal majikan anda akan memohon permit kerja, anda tidak boleh memohon permit kerja di Poland sendiri,
permit kerja akan dihantar kepada anda oleh majikan supaya anda boleh memohon visa yang memberikan anda hak untuk bekerja.

Dokumen yang diperlukan untuk memasuki wilayah Poland: 

1. dokumen perjalanan yang sah,

2. visa yang sah (jika anda ingin bekerja secara sah, anda mestilah mendapatkan visa yang memberikan anda hak untuk bekerja),

3. dokumen yang mengesahkan anda mempunyai insurans kesihatan,

4. wang atau sijil yang mengesahkan anda memiliki wang (contohnya, sijil semasa daripada bank). Jika anda menyeberangi sempadan menggunakan visa dengan hak untuk bekerja, anda tidak perlu mengemukakan dokumen yang menunjukkan kedudukan kewangan anda. 

Sentiasa simpan dokumen yang mengesahkan identiti anda, tinggal dan bekerja secara sah (satu salinan permit kerja), jika anda diperiksa oleh Polis atau Pengawal Sempadan. 

Jika anda tidak mempunyai apa-apa dokumen atau jika ia tidak sah, anda boleh diusir keluar dari Poland.

NOTIS PENTING UNTUK PEMEGANG VISA SHENGEN DAN VISA NEGARA (DENGAN PERMIT KERJA):

  • anda tidak boleh mula bekerja sebelum tarikh yang dinyatakan dalam permit,
  • permit kerja diberikan kepada seorang majikan, untuk jawatan tertentu dan bagi tempoh yang dinyatakan dalam permit, di bawah syarat yang ditetapkan dalam permit,
  • majikan anda mestilah memohon lanjutan permit kerja tidak lewat daripada 30 hari sebelum tamat tempoh yang diberikan kepada permit itu,
  • jika anda ingin menukar majikan atau membuat kerja jenis lain, majikan baharu anda mestilah memohon permit baharu di Voivode yang berkenaan (pejabat wilayah/voivodship),
  • jika anda tidak menandatangani kontrak sebelum mula bekerja, minta kontrak tersebut tidak lewat dari hari memulakan kerja, 
  • kontrak mestilah selaras dengan permit kerja,

Kewajipan majikan: 

  • mengikat kontrak dengan anda (termasuk kontrak pekerjaan) dalam bahasa yang anda faham,
  • mengadakan latihan (termasuk latihan kesihatan dan keselamatan pekerjaan) dalam bahasa yang anda faham.
  • memberikan satu salinan lanjutan permit kerja atau permit baharu,
  • membayar kepada anda secara tetap, caruman dan cukai yang dikehendaki oleh undang-undang.

Kewajipan pekerja (dalam hubungan pekerjaan):

  • saraan tetap dibayar dalam tempoh yang dipersetujui (tidak kurang daripada yang dinyatakan dalam permit kerja dan kontrak yang diikat),
  • perlindungan terhadap diskriminasi dan eksploitasi,
  • rehat selepas kerja, hari kelepasan dan cuti,
  • bekerja dalam keadaan yang selamat dan bersih,
  • memilih tempat tinggal,
  • perakuan daripada majikan selepas berhenti kerja.

Bekerja di Poland tanpa permit:

BEKERJA SECARA TIDAK SAH BOLEH DIKENAKAN PENALTI! Ia juga boleh menyebabkan pengusiran keluar dari Poland, jika anda bekerja tanpa kontrak, undang-undang tidak menyediakan perlindungan kepada anda dan majikan anda boleh menyalahgunakannya – mungkin tidak membayar gaji anda, meminta anda membuat lebih banyak kerja/bekerja dalam waktu yang lebih panjang dan membuat kerja yang lain daripada yang telah dipersetujui. Jika anda bekerja secara tidak sah, anda tidak mempunyai akses kepada hak pekerja yang anda layak menerimanya, termasuk hak mendapatkan penjagaan perubatan percuma.

Menyediakan perkhidmatan seks di Poland: 
di Poland, pelacuran tidak dilarang, tetapi menyediakan perkhidmatan seks bukan kerjaya yang sah, 
Menyediakan perkhidmatan seks bukan kerjaya yang diiktiraf secara sah di Poland.

Jika seseorang memaksa anda melacur, mendorong anda menyediakan perkhidmatan seks, membantu anda menyediakan perkhidmatan sebagai pelacur atau mendapat manfaat daripada hakikat bahawa anda seorang pelacur – anda perlu ingat bahawa tindakan mereka adalah bertentangan dengan undang-undang dan boleh dikenakan penalti. 

Jika anda seorang pelacur, matlamat anda tinggal di sini adalah bertentangan dengan perisytiharan anda. Perkara ini boleh menyebabkan pembatalan atau penarikan balik visa dan pengusiran keluar dari Poland serta larangan memasuki wilayah Republik Poland dan negara Schengen yang lain:

Menjadi mangsa kepada:

  • jenayah seperti perdagangan manusia, jika anda diperdaya, dipaksa menjadi pelacur atau buruh paksa; jika majikan anda tidak membayar gaji yang perlu dibayar kepada anda, mengancam atau memeras ugut anda, mengambil pasport anda atau dokumen pengenalan lain, hubungi National Consulting and Intervention Center for the Victims of Trafficking [KCIK] di Warsaw yang dikendalikan oleh organisasi bukan kerajaan, no. telefon: 0 22 628 01 20, dan anda boleh mendapatkan sokongan dan bantuan yang diperlukan (www.kcik.pl). 
  • jenayah lain (contohnya, rompakan, rogol, menyerang sentuh) - hubungi Polis, no. telefon: 997 (dalam wilayah di seluruh negara) atau dail no. kecemasan 112 (talian telefon percuma).

Sama ada anda tinggal secara sah atau tidak, anda berhak mendapatkan bantuan keselamatan, perlindungan dan undang-undang. Anda boleh pergi ke badan penguat kuasa undang-undang, organisasi bukan kerajaan dan juga Konsul anda. 

Kedutaan Besar Malaysia di Poland 

ul. Gruzińska 3, 03-902 Warsaw, Poland
Telefon: +48 22 617 31 44, 617 44 13
Faks: +48 22 617 62 56, 616 05 90
E-mel: mwwarsaw@kln.gov.my

Waktu pejabat: Isnin hingga Jumaat 08.30 - 16.30

Program ini dibiayai melalui belanjawan Menteri Dalam Negeri dan Pentadbiran Republik Poland

{"register":{"columns":[]}}